Thursday, October 7, 2010

Kisah sadis: Bayi mati digigit kera

ni gambar org perhilitan yg dh berjaya menembak salah satu kera yg dipercayai menyerang dan mengigit bayi berusia 4 hari sehingga mati..ngerinye...

Wednesday, October 6, 2010

Kari Kepala Ikan


Bahan2
kepala ikan yg besar punyerla
5 btg bendi
1 biji tomata
2tangkai cili hijau besar
1 sudu halba campur
3 sudu serbuk kari ikan, 2 ulas bwg merah besar, 3 ulas bawang putih, sedkit halia semua ni dikisar
sedikit asam jawa paste
garam dan gula secukupnyer

Cara2
tumiskan halba sampai naik bau.
masukkan bahan yg dikisar
masukkan ikan, asam jawa, garam n gula
last sekali masukkan sayur bendi dan tomato



Sotong masak kunyit















bahan2
sotong
1 biji bwg besar
3 ulas bwg putih
sedikit kunyit
1 sudu ciliboh
secubit garam
secubit gula


Cara2
masukkan sotong dalam kuali (jgn letak air atau minyak)
biarkan sehingga sotong lembut
masukkan bwg besar n bwg putih
masukkan kunyit
masuk garam dan gula
masak hingga sebati

Bubur jagung















Bahan2
jagung (3 tongkol)
100g sagu
1 ketul gula merah
daun pandan
1 cwn santan cair
1 cawan air
secubit garam

Cara2
rebus sagu sehingga masak
masukkan santan dan secawan air
masukkan jagung
masukkan daun pandan
masukkan gula merah dan secubit garam
kalaun kurang manis masukkan gula pasir secukup rasa

Homemade Nutella


resepi sy try2 jer..tp sedapla jugak..kalau berani cubela..













Bahan2
1 cawan serbuk koko
50g coklat masakan
100 ml whipping cream
2 sudu butter
gula secukup rasa

Cara2
Panaskan kesemua bahan dgn kaedah double boiling
larutkan sehingga semua bhn cair kemudian sejukkan.
boleh dimakan dgn roti

Sambal Tauhu

Bahan2

4 keping tauhu
i buji bawang merah besar
3 ulas bwg putih
2 sudu ciliboh
secubit garam
1 sudu sos tiram
1 sudu teh gula

Cara2

goreng tauhu yang telah dipotong dan asingkan
tumiskan bawang putih dan merah yang dipotong nipis
masukkan ciliboh dan sos tiram
tumins sehingga nail bau
masukkan tauhu yang telah digoren, garam n gula
gaul sebati
dan hiaskan dgn daun sup

Wednesday, September 22, 2010

ikan merah masak taucu

bahan
3 ekor ikan merah (saiz kecil)
timun
2 sudu taucu
1 cili merah besar dihiris nipis
1 bwg merah besar dihiris nipis
2 biji bwg putih
3 biji cili padi
1 cwn air


Cara2
goreng ikan hingga masak dan asingkan
tumis bwg merah n bwg putih hingga layu
masukkan taucu
masukkan cili merah dan kecil
masukkan timun
maukkan 1 cwan air
 dah mendidih baru masukkan ikan yg digoreng td

Tuesday, September 21, 2010

Kek Lapis Sarawak

Ini adalah diantara kek lapis sarawak yang dihidangkan di rumah emak saya semasa rayer...

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat menyambut hari raya aidilffitri kepada semua!!
Balik kampong!!!yahoo!!

Tuesday, August 24, 2010

goreng pisang ni antara makanan yang sedap dimakan sewaktu minum petang dan dimakan panas2

pisang ni byk jugak kkasiatnyer antaranyer ialah ialah ia ada mengandungi sejenis protin yg mampu memberikan mood yang tenang dan menggembirakan
so. apalagi kalau g moody jgn lupa makan pisang..


Sardin tin power

Sardin dlm tin sedap jugak dimakan bile dh boring dgn lauk2 yang slalu dimakan..


Bahan2
ikan sardin dalam tin (besar punyer)
1 biji bawang merah besar
2 ulas bawang putih
2 tangkai cili hijau
1 biji kentang dipotong dadu
1 sudu ciliboh
sedit asam jawa
1 sudu gula dan secubit garam

Cara2
tumis bawang merah, bawang putih hingga naik bau
masukkan ciliboh dan kentang gaul hingga sebati
masukkan ikan sardin, garam dan gula
masukkan asam jawa dan sedikit air
masak hingga kentang empuk
last sekali masukkan cili hijau

kerang rebus simple

kerang rebus ni memang senang nak buat..lagipun kerang ni byk khasiatnyer tau..
antara khasiat kerang ni ialah vitamin b12 dan zat besi..yg mana lendir dia plak boleh meningkatkan kadar albumin dalam darah
selain itu, ianya adalah salah satu makanan yang boleh meningkatkan metabolisme dalam badan..

fikir2kanlah..



Bahan2
kerang yang segar dan besar
1 btg serai
sedikit garam
bahan perasa
air
bawang merah besar


Cara2
masukkan kesemua bahan dalam periuk dan masak hingga mendidih
boleh terus dimakan dengan sos

Monday, August 23, 2010

Paprik Ayam dan Udang















Bahan2

Isi Ayam setengah cawan
isi udang setengah cawan
carrot dipotong halus
sayur kubis bunga
cendawan tiram
1 sudu ciliboh
1 sudu sos tiram
daun limau purut
1 biji bawang merah besar
2 ulas bawang putih
1 ibu jari halia dipotong halus2
kacang panjang
1 biji tomato 

Cara2
tumis bawang merah, bwg putih, halia, daun limau purut
masukkan ciliboh dan sos tiram
tumis sehingga wangi
masukkan ayam dan udang
last sekali masukkan semua sayur

kentang dan hotdog goreng

resepi ni pon senang dan mudah..cubela ye..





Bahan2
2 biji kentang dipotong nipis
4 potong hot dog
1 biji bawang merah besar
2 ulas bawang putih
1 sudu besar ciliboh
1 sudu besar sos cili
1 sudu gula
secubit garam
sedikit sos tiram (optional)

Cara2
goreng hot dog dan kentang dan asingkan
tumiskan bawang merah dan bawang putih
masukkan ciliboh, sos cili dan sos tiram, gula dan garam
masukkan hotdog dan kentang yang sudah digoreng tadi
gaul hingga sebati
taburkan sedikit daun sup utk hiasan..
siap utk dimakan

makanan bayi sayur bayam

ni salah satu kegemaran anak saya aisya..dan yang penting menyihatkan..kaler hijau lagi


Bahan2
sayur bayam
nasi putih
ikan bilis
bawang merah besar

Cara2
masukkan semua bahan dalam periuk
(jgn letak air jgn terlalu byk nanti cait plak)
masak hingga mendidih
blend kesemuanya hingga halus
siap utk dimakan

Biskut coklat susu

biskut ni memang simple dan sedap..sape yang suka biskut yg berlemak memang sesuaila sebab kita pakai susu tepung..



Bahan2

250g mentega
400g tepung gandum
100g susu tepung
1 biji telur
1/2 sudu esen vanilla
170g gula halus
1 sudu besar gula merah
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu soda bikarbonat

bahan utk salutan coklat
2 papan coklat masak
5 sudu susu cair
1 sudu besar mentega

Cara2

pukul telur dengan gula halus dan gula merah
masukkan esen vanilla
masukkan mentega dan pukul kagi
masukkan tepung yg telah diayak bersama tepung jagung dan soda
masukkan susu tepung
uli hingga sebati
bentukkan adunan bulat2 (kecik2 mcm guli)
bakar biskut dalam suhu 160 darjah dalam masa 20 minit

utk salutan coklat plak
masak secara double boiling
masuk coklat masakan yang telah dipotong halus
masukkan 1 sudu besar mentega
masukkan  susu cair dalam 5 sudu atau sampai kepekatan coklat yang sesuai
lepas tuh masukkan biskut yg telah siap dibakar dalam acuan kertas
lepas tu tuang coklat yg telah dimassak td dgn menggunakan sudu dan pastikan sekuruh permukaan disaluti dengan coklat
lepas tu barulah letakkan coklat rice
biarkan hingga sejuk br simpan dlm tupperware



Thursday, August 19, 2010

Mendidik Anak-anak soleh

Anak adalah anugerah daripada  Allah yang tak terhingga nilainya kepada kita. Anak umpama nyawa yang merentas masa meneruskan kehidupan di dunia ini. Anaklah yang akan mendoakan kesejahteraan dan kebahagian kita setelah kita tiada kelak.Isunya, bagaimanakah hendak menghasilkan anak-anak yang boleh mendoakan kita dan yang memiliki ketaqwaan dan kesabaran seperti sifat Rasulullah. Apakah kriteria ibu dan bapa yang perlu ada untuk menghasilkan zuriat yang soleh dan solehah?

Satu lagi yang perlu kita sedar ialah dugaan dan cabaran hidup kini semakin mencabar. Bagaimana kita hedak menapis segala anasir-anasir yang negatif yang boleh meresap masuk dalam minda anak-anak kita.

Mendidik anak adalah satu tanggungjawab yang besar. Ia umpama menentukan hidup dan mati seseorang dalam dunia ini. Jika baik didikannya maka baiklah, jika tidak gagallah...

Sunday, August 15, 2010

Popia Goreng

popia goreng ni sesuai dimakan panas2..
















bahan2
kulit popiah (beli je kat kedai )
1 sudu tepung n air yang digaul (utk gam)

isi popia
taugeh
carot dipotong halus
sedikit udang segar yg dipotong halus
garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang merah besar
2 biji bwg putih

cara2
tumis bawang2 selepas itu masukkan udang
carot dan taugeh
kalau dh masak toskan

sambal popiah (disalut kt luar popia)
1 sudu ciliboh
1 sudu sos tiram
2 sudu gula
secubit garam

masukkan isi dan gulung macam biasa
goreng dlm minyak yg banyak
dah siap goreng
salutkan dengan sambal dia dan taburkan bwg goreng san daun sup

Kuah Yong Tau Fu

kuah ini memang sedap..saya dh buat byk kali..jimat pon jimat just kena beli isi yong tau foo je (fish ball, fish cake, ketam stick dll tu kena rebus jer) memang berbaloi22

bahan2
2 biji bawang putih
4 cawan air
2 sudu besar sos tiram
1/2 ibu jari belacan
ciliboh
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar gula merah
tepung jagung (utk pekatkan kuah)

cara2
masukkan semua bahan dalam periuk..masak hingga mendidih
gaulkan tepung jagung dengan air pastu masukkan dalam kuah..gaul hingga pekat..siap utk dimakan




Sambal Kentang Goreng

sambal kentang goreng ni pun amat mudah dibuat..cubela















bahan2

3 biji kentang
segenggam ikan bilis
1 biji bawang merah besar
2 biji bwg putih
1 sudu besar ciliboh
secubit garam

cara2
gorengkan kentang hingga empuk
goreng ikan bilis hingga garing
tumis bawang merah n bawang putih
masukkan ciliboh tumis lagi
masukkan 1 sudu besar gula
secubit garam
siap utk dimakan...

Thursday, August 12, 2010

sambal cili best


resepi ni daripada mak mertua saya...sedap dimakan dengan ikan goreng panas2..fuhh


Bahan2
cili merah besar
1 sudu garam (memang garam kene byk berbanding gula)
2 cubit gula
2 biji limau kasturi

cara2
tumbuk cili merah hingga lumat, masukkkan gula n garam.last sekali masukkan limau

bunga kat umah saya

best gile pagi ni tgk bunge kt umah byk dh berbunga..

my baby's food...cubela

resepi ni dibuat pagi ni ..memang senang dan yg penting sedap
kaler die pon menarik. hopefully bole buat baby kite tertarikk gitu..hehe

bahan2

labu kuning besar tapak tangan
1 biji bawang merah
ikan bilis yang bersih (ikut suka nak byk mana)
nasi beberapa genggam (kalau nak pekat kena byk sket)
air secukupnya

cara2
rebus bawang, labu , ikan bilis dan nasi sampai labu jd empuk
then, blender semuanya (semasa tgh panas)
dalam masa 2-3 minit
make sure betul2 lembut coz kite pakai ikan bilis takut ikan bilis tak betul2 hancur..

ahlan wa sahlan ya ramadhan

bulan ramadahan adalah bulan yang amat dinantikan bukan sahaja penghuni dunia malahan penghuni di langit. pada ketika ini syurga dihiasi dengan indah bg menyambut bulan yang penuh barakah ini..

Wednesday, August 11, 2010

Selamat berpuasa

salam ramadhan...
semoga ramadhan kali ini bmembawa keberkatan dan menambahkan lagi ketaqwaan ini kepada Allah..

Tuesday, August 3, 2010

ketam stick masak merah

ni utk masakan yg mudah khusus utk ibu yang bekerja..senang ajer..

Bahan2

1 paket stick ketam (dipotong 2)
2 sudu ciliboh
1 bawang merah besar
2 ulas bawang putih
1 sudu sos tiram
2 sudu sos tomato

cara2

tumis bawang merah dan putih
masukkan ciliboh, sos tomato n sos tiram
masukkan stick ketam
hidangkan dgn daun sup (optional)





Sayur bendi masak Asam

sayur ni sedap dimakan dengan ikan goreng cencaru..















bahan2
sayur bendi 1o batang (make sure jgn yg muda tau)
sedikit belacan
1 ulas bawang merah besar
2 @ 3 keping asam keping
secubit garam
1 sudu gula
secubit ajinomoto

cara2

potong pawang nipis2
masukkan bahan2 yang lain.
masukkan air dalam 3 atau 4 cawan
masak sehingga mendidih
last sekali tutup api n masukkan sayur..

Ikan Cencaru Sumbat

Ni gambar selepas digoreng..nyum2

Ni gambar sebelum ni goreng plak..

Bahan2
1 cwn kelapa parut (anggaran ye..kalau nak byk or sket ikut suke)
ciliboh secukupnyer
1 sudu besar ketumbar yang dah ditumbuk @ dikisar
1/2 sudu besar jintan manis
1 sudu gula merah
sedikit belacan
secubit garam

Cara2
Gaulkan semua bahan sampai sebati
lepas tu masukkan dalam ikan cencaru yang telah dipotong..
goreng sehingga masak..api jgn terlalu kuat ye..nanti hangus plak