Thursday, July 29, 2010

Pizza Simple n sodap

pizza ni dibuat setelah ada balance kuah spagethi...tp sodap yer..















roti pizza dibuat sebelah mlm. esok pagi br bakar..biasala ada anak kecik ni. kalau buat pizza kene buat masa diaorg tgh tido..hehe

Bahan2
utk roti
3 cwn tepung gandum
2 sudu susu tepung
1 sudu gula
secubit garam
yeast @ mauripan dlm satu sudu
1 sudu margerin

utk isi
baki kuah spageti
slices cheese dalam 3 keping kalau nak byk pon bole (potong nipis)
sos tomato n sos cili

cara2
semua dimasukkan dan diuli bersama sampai jd doh

utk topping
sapukan kuah spageti
pastu taburkan slices cheese yg telah dipotong nipis2
pastu letakkan sos cili n tomato secukup rasa

bakar terlebih dahulu roti
pastikan dicucuk atas roti dgn garpu utk buat lubang udara..
bakar dalam 190 ' dlm masa 20 minit
then baru letak topping n bakar lagi dgn suhu yg sama dlm masa 15 minit

Biskut Coklat Chip Crispy

Biskut ni memang sedap n sgt rangup..nyum333














bahan2

250g buttercup
160g gula kastor
70g gula perang
1 biji telur
1 sudu esen vanilla
100g coklat chip
50g nestum
20g serbuk koko
350g tepung gandum (diayak)
1 sudu besar tepung jagung (diayak sekali dgn tepung gandum)

cara2

pukul telur sampai kembang
masukkan gula dan pukul sampai sebati
masukkan esen vanilla
tepung gandum, serbuk koko, coklat chip, nestum
(kalau nak sedap lg letakla kacang badam etc)
gaul sebati
last sekali bentukkan ikut suka anda la...hehe
bakar kt oven dlm suhu 18' dalam 25 minhit..

Wednesday, July 28, 2010

Kek Pisang Yummy...

kek pisang ni memang sedap dan moist..cubela

bau die pon wangi ..hehe

bahan2

3 cwn tepung gandum yang diayak
1 cwn susu cair
1 cwn minyak masak
2 biji telur
1 cawan gula yang dikisar (gula kastor)
1 sudu sodium bikabornat (diayak bersama tepung gandum)
1 cwn pisang yang dilenyek (pisang ape2 pon bole je)
secubit garam

cara2
pukul telur lepas tu masukkan gula
pukul gula n telur sampai sebati
masukkan tepung, gula pisang, minyak, susu cair dan garam
gaul hingga sebati
pastu bakar dgn suhu 190' selama 50 minit atau sehingga masak

pastu jgn keluarkan terus dr oven tunggu dalam setengah jam baru keluarkan
bg kek tu relax dolu k..
last sekali sedap dimakan utk minum petang dengan air teh o panas2...



Tuesday, July 27, 2010

salam perkenalan...

salam perkenalan buat semua..ini adalah kali pertama saya posting kt blog nih..

kt sini saya nak paparkan tentang kehidupan saya. tentang masakan, anak-anak dll..