Thursday, August 19, 2010

Mendidik Anak-anak soleh

Anak adalah anugerah daripada  Allah yang tak terhingga nilainya kepada kita. Anak umpama nyawa yang merentas masa meneruskan kehidupan di dunia ini. Anaklah yang akan mendoakan kesejahteraan dan kebahagian kita setelah kita tiada kelak.Isunya, bagaimanakah hendak menghasilkan anak-anak yang boleh mendoakan kita dan yang memiliki ketaqwaan dan kesabaran seperti sifat Rasulullah. Apakah kriteria ibu dan bapa yang perlu ada untuk menghasilkan zuriat yang soleh dan solehah?

Satu lagi yang perlu kita sedar ialah dugaan dan cabaran hidup kini semakin mencabar. Bagaimana kita hedak menapis segala anasir-anasir yang negatif yang boleh meresap masuk dalam minda anak-anak kita.

Mendidik anak adalah satu tanggungjawab yang besar. Ia umpama menentukan hidup dan mati seseorang dalam dunia ini. Jika baik didikannya maka baiklah, jika tidak gagallah...

Sunday, August 15, 2010

Popia Goreng

popia goreng ni sesuai dimakan panas2..
















bahan2
kulit popiah (beli je kat kedai )
1 sudu tepung n air yang digaul (utk gam)

isi popia
taugeh
carot dipotong halus
sedikit udang segar yg dipotong halus
garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang merah besar
2 biji bwg putih

cara2
tumis bawang2 selepas itu masukkan udang
carot dan taugeh
kalau dh masak toskan

sambal popiah (disalut kt luar popia)
1 sudu ciliboh
1 sudu sos tiram
2 sudu gula
secubit garam

masukkan isi dan gulung macam biasa
goreng dlm minyak yg banyak
dah siap goreng
salutkan dengan sambal dia dan taburkan bwg goreng san daun sup

Kuah Yong Tau Fu

kuah ini memang sedap..saya dh buat byk kali..jimat pon jimat just kena beli isi yong tau foo je (fish ball, fish cake, ketam stick dll tu kena rebus jer) memang berbaloi22

bahan2
2 biji bawang putih
4 cawan air
2 sudu besar sos tiram
1/2 ibu jari belacan
ciliboh
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar gula merah
tepung jagung (utk pekatkan kuah)

cara2
masukkan semua bahan dalam periuk..masak hingga mendidih
gaulkan tepung jagung dengan air pastu masukkan dalam kuah..gaul hingga pekat..siap utk dimakan




Sambal Kentang Goreng

sambal kentang goreng ni pun amat mudah dibuat..cubela















bahan2

3 biji kentang
segenggam ikan bilis
1 biji bawang merah besar
2 biji bwg putih
1 sudu besar ciliboh
secubit garam

cara2
gorengkan kentang hingga empuk
goreng ikan bilis hingga garing
tumis bawang merah n bawang putih
masukkan ciliboh tumis lagi
masukkan 1 sudu besar gula
secubit garam
siap utk dimakan...