Sunday, August 2, 2015

Kesusahan/Bala bencana



"Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu."



Surah Ash-Shura 30

Kesusahan/Bala bencana


Perjalanan hidup seseorang tidak dapat lari dari kesusahan. Maksud "kesusahan" ini amat subjektif. Bergantung kepada pemahaman seseorang itu sendiri. Ada orang walaupun hidup nya susah dari segi rezeki namun kesusahan itu bukan satu perkara yang boleh menghilangkan kebahagiaan dalam hidupnya. Ada orang senang dalam rezekinya namun susah dalam mindanya dengan pelbagai masalah. 

Sebab itu dunia di umpama pentas sementara untuk Allah menguji sejauh mana ketabahan dan kesabaran kita dalam mengharungi kesusahan hidup di dunia. Malah kadangkala kesusahan inilah yang akan menyumbang kepada kebahagian di masa akan datang. Semuanya berbalik kepada "how we handle the situation". Mengambil iktibar untuk terus istiqamah dalam menuju jalan redhaNya disamping menagani kesusahan tersebut dengan berusaha untuk menyelesaikan. Atau melepasi kesusahan tersebut dengan menyimpan dendam, kecewa kepada takdirNya atau terus berdukacita tanpa sebarang usaha untuk menyelesaikan kesusahan tersebut.

Sebab itulah kita disarankan dalam Islam supaya mengambil sedikit masa untuk bertafakur memikirkan apa sahaja kesusahan itu ditakdirkan oleh Allah ada sebabnya. Mungkin iaya adalah salah satu cara kasih sayang dari Allah supaya kita kembali kepadanya. Kembali dengan cara menginsafi kejadian diri, menyelami tujuan penciptaan diri takut-takut kita berada dalam zon selesa sehingga alpa dalam mengingatiNya.  

Menangisla sepuas-puasnya ketika bertahajud sebab mungkin Allah rindu dengan tangisan dari hambaNya untuk memohon ampun atas segala kesalahan yang dilakukan. Maka di sini kesusahan inilah penyebab kita untuk kembali mengingatinya....Dunia yang melalaikan kita dengan pelbagai tarikan yang kadangkala kita tersasar dariapda tujuan asal kenapa kita dilahirkan di dunia ini.

Ibu yang senantiasa sibuk dengan urusan menguruskan rumahtangga sehingga semua tenaga dikerahkan untuk memastikan semuanya tiptop sampai tertangguh dan terlalai dari mengingatiNya.. Ayah yang sentiasa sibuk dengan urusan kerja sehingga segala fokus kehidupan hanyalah kepada memastikan urusan kerja siap dan sukses...itulah cara yang seringkali kita jatuh dan kadangkala tak mampu nak bangun untuk membuat sesuatu dari mengingatiNya..

Sesiapa yang sedanga membaca ini fikirkanlah adakah kita perlu menyalahkan sesiapa di atas kesusahan atau kecewa dan marah atas kesusahan. ..atau menganggap kesususahan itu sebenarnya hanyalah sapaan manja dari Ilahi untuk kita terus mengingatiNya...

Fikirlah......sesungguhnya pemikiran positif akan mengubah persepsi kesusahan itu kepada kesenangan..dan kadangkala dengan adanya kesusahan maka amat mudah untuk kita menangis kerana kita berada dalam situasi yang tertekan... dan bila tangisan itu bermula terusla menangis sambil mengingat kembali kesalah yang sudah kita lakukan terhadap pencipta kita....kemudian, mohonlan keampunan daripadaNya dengan solat taubat, zikir, ngaji.......







Sunday, December 15, 2013

Kek Coklat Dengan Cheese Topping




Inilah dier..



 Resepi kek

1 cwn tepung
1 cwn serbuk koko
1 cwn gula
** diayak ye 3 bhn ni

1 sudu esen vanila
setengah cawan susu pekat
1 ketul mentega
1 biji telur gred A
 

Caranya:
Pukul telur sehingga kembang
masukkan esen vanila dan gula
pukul lagi sehingga sebati
masukkan mentega
pukul sehingga sebati
masukkan bhn yang telah diayak tadi
pukul sehingga sebati

sediakan tempat mengukus
kukus 1 jam

 Resepi topping

cream cheese dipukul bersama 1 sudu mentega dan susu oekat
kuantiti susu ikut kemasisan yg dikehendaki.
ratakan di atas kek yang sudah siap dikukus

Wednesday, September 12, 2012

dah lama sgt tak menulis dalam blog nih..hehe

bz sgt dgn new life kt tempat br, anak-anak...

Wednesday, July 6, 2011

Welcome to my student

Ini adalah contoh blog yang telah dibina oleh saya. Anda dikehendaki untuk menghantar mesej dalam Shoutmix saya supaya saya boleh melihat blog anda untuk dinilai. Pastikan blog anda mempunyai sekurang-kurangnya seperti widget yang ada dalam blog saya ini.

Thursday, October 7, 2010

Kisah sadis: Bayi mati digigit kera

ni gambar org perhilitan yg dh berjaya menembak salah satu kera yg dipercayai menyerang dan mengigit bayi berusia 4 hari sehingga mati..ngerinye...